assalamualaiku...sayonara..(^_^)

Friday, August 20, 2010

pemuda acuan al-quran..seorang huffaz...

Ketika kebanyakan anak muda Malaysia sibuk-sibuk meraikan macam-macam juara hiburan yang dilahirkan daripada pelbagai program realiti TV yang menggoda remaja dengan hadiah yang lumayan – anak muda ini juga muncul sebagai salah seorang juara program realiti, tapi bukan menyanyi; sebaliknya mengaji – Akademi Al-Quran TV9.

Sebagai Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama, Abdullah Fahmi diraikan dalam satu majlis istimewa di daerah kelahirannya di Machang, Kelantan. Majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan dihadiri sendiri oleh YAB Menteri Besar itu menarik minat ramai orang untuk ikut serta mendengar anak muda ini mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Subhanallah, kehebatan alunan lagu al-Quran yang diperdengarkan serta kemerduan suaranya memikat ramai orang.
 

Maka saya mula berkira-kira untuk mencungkil dan menyiasat peribadi dan sejarah kehidupannya yang menjadi latar dan asas kehebatannya menyampaikan ayat-ayat Allah dengan begitu merdu dan dengan bacaan yang menyentuh hati.Sebenarnya,Al-Quran sememangnya sahabat karibnya sejak kecil lagi sehinggalah dia bergelar Juara Akademi Al-Quran Musim Pertama dan selama-lamanya.


Dia seperti anak kampung yang lain juga, menahan bas di jalan besar jika mahu ke Kota Bharu. Begitulah kebanyakan dari anak-anak kampung di Kelantan, akan keluar ke Kota Bharu jika mahu membeli barangan yang istimewa sedikit. Maklum saja, tidak ada pasaraya besar di tempat-tempat lain melainkan Kota Bharu.Menurut ibunya memberitahu, Fahmi dengan bas ke Kota Bharu.Sememangnya, dia juga adalah seorang anak kampung seperti anak-anak yang lain juga. Cuma, yang membezakan dirinya sekarang ialah dia sudah dikenali dan menjadi idola masyarakat setelah bergelar juara sebuah rancangan realiti TV – Akademi Al-Quran.
 

Setelah dinobatkn menjadi juara akademi al quran, rentetan jadual hariannya berubah menjadi begitu padat dan ketat. Beliau diundang membaca al-Quran di seluruh negara termasuklah ke Kedah dan juga Pahang serta beberapa kali di Kota Bharu. Pada masa yang sama,beliau perlu membahagikn masa dgn betul dan memerlukan waktu yang cukup dan selesa untuk membuat persiapan melanjutkan pengajiannya ke Mesir.
 

Jadi,hari ini saya mahu mengajak kita semua berusaha mencontohi keperibadian seorang anak muda bernama Abdullah Fahmi ini, yang begitu tinggi kasih dan cintanya kepada al-Quran...insya Allah..(n_n)..

No comments:

Post a Comment

blog kwn2x